Wednesday, 30 November 2011

Minggu ke 10

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada minggu ke 10 kami di kehendaki untuk mencari maklumat mengenai vektor dan bitmap. Kami perlu mencari perbezaan antara vektor dan bitmap. Berikut merupakan hasil carian saya mengenai apa itu vektor dan bitmap.

vektor
Vektor ialah gambar-gambar yang dibuat menggunakan aplikasi seperti Adobe Illustrator, Freehand atau Corel Draw.

  • Gambar yang ditonjolkan adalah menggunakan definisi matematik.
  • Gambar vektor biasanya memiliki bobot file yang cukup kecil kerana hanya berisi data mengenai bezier corves yang membentuk sebuah gambar.
  • Dimensi gambar vektor biasanya dapat diubah tanpa mengurangi kualiti gambarnya.
  • Namun tidak semua gambar vektor dapat diubah skalanya. 
  • Gambar hanya dapat diubah skalanya hingga 20 persen lebih besar atau lebih kecil.
  • Garis-garis tipis dapat menghilang jika gamabr vektor diperkecil terlalu banyak.
  • Kesalahan-kesalahan kecil pada sebuah gambar dapat terlihat jelas ketika gamabr diperbesar terlalu besar.
Penggunaan vektor sesuai bagi menghasilkan imej seperti:
  • logo
  • animasi
  • kartun
  • clip art
  • button
Data vektor dapat disimpan dalam format file:
  • EPS> format file yang paling popular untuk menyimpan gambar vektor walaupun format EPS juga boleh menyimpan data bitmap.
  • PDF> format file yang cekap serba guna, yang dapt mengisi apa saja data termasuk halaman-halaman lengkap.
  • PICT> format file yang dapat mengisi data vektor atau bitmap tetapi biasanya hanya dijalankan oleh komputer Macintosh.
Bitmap
Bitmap ialah gambar yang merupakan hasil scan.
Gambar dengan format data bitmap dapat disimpan dalam berbagai macam format file:
  • BMP> format file yang terbatas, tidak sesuai digunakan untuk cetak.
  • EPS> format file yang fleksibel, yang dapat mengisi gambar bitmap atau vektor.
  • GIF> digunakan untuk grafik-grafik di internet.
  • JPEG @ JFIF> digunakan sebagai grafik atau gambar di internet kerana memiliki ketajaman gamabr yang dapat mempengaruhi bobot file.
  • PICT> dapat mengisi gambar bitmap atau vektor, tetapi biasanya file ini hanya digunakan oleh komputer Macintosh dan tidak sesuai untuk cetak.
  • TIFF> merupakan format file bitmap yang paling popular untuk mencetak.
                                                            

    Wednesday, 16 November 2011

    Minggu ke 7, 8, dan 9....

    Assalamualaikum dan salam sejahtera..

    Pada minggu ke 6 saya telah menulis bahawa kami semua telah membuat tugasan yang diberikan oleh Dr. mengenai tajuk yang kami semua dapat iaitu kami semua perlu merangka 10 soalan mengenai tajuk masing-masing. Jadi pada minggu ke 7 sepatutnya kami semua sudah boleh menganalisis berapa peratus yang telah menjawab soalan yang telah kami kemukakan dengan menggunakan kaedah SPSS . Dengan menggunakan kaedah ini kami dapat mengumpul maklumat analisis kami dengan lebih cepat tanpa perlu mengira satu demi satu jawapan yang telah di jawab oleh rakan-rakan kami. Namun begitu, kebanyakkan daripada kami telah silap membina soalan dan jawapan, jadi kami tidak dapat membuat analisis jawapan. Kami semua perlu mengkaji semula soalan yang telah dirangka dan jawapan yang seharusnya di buat untuk memudahkan proses menganalisis soalan nanti. Jadi setiap daripada kami telah ditegur oleh Dr. dan Dr. telah menerangkan kepada kami dengan lebih terperici bagaimana cara untuk merangka soalan dan jawapan supaya nanti akan memudahkan kami untuk menganalisis soalan. Oleh itu kami semua telah menukar soalan atau mengubah suai semula soalan dan jawapan yang telah diarngka. Sekali lagi kami telah menghantar soalan tersebut di laman facebook supaya dijawab oleh rakan-rakan. Jadi sekali lagi dengan mengharapkan jasa baik daripada rakan-rakan semua kami mengharapkan mereka sudi meluangkan sedikit masa untuk menjawab soalan yang telah di ubah suai tersebut. Dengan itu mudah-mudahan kami dapat menganalisis jawapan yang telah dijawab oleh rakan-rakan semua. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi meluangkan sedikit masa anda untuk menjawab soalan yang saya dan Noor Asheikin telah ubah suai.