Wednesday 30 November 2011

Minggu ke 10

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada minggu ke 10 kami di kehendaki untuk mencari maklumat mengenai vektor dan bitmap. Kami perlu mencari perbezaan antara vektor dan bitmap. Berikut merupakan hasil carian saya mengenai apa itu vektor dan bitmap.

vektor
Vektor ialah gambar-gambar yang dibuat menggunakan aplikasi seperti Adobe Illustrator, Freehand atau Corel Draw.

  • Gambar yang ditonjolkan adalah menggunakan definisi matematik.
  • Gambar vektor biasanya memiliki bobot file yang cukup kecil kerana hanya berisi data mengenai bezier corves yang membentuk sebuah gambar.
  • Dimensi gambar vektor biasanya dapat diubah tanpa mengurangi kualiti gambarnya.
  • Namun tidak semua gambar vektor dapat diubah skalanya. 
  • Gambar hanya dapat diubah skalanya hingga 20 persen lebih besar atau lebih kecil.
  • Garis-garis tipis dapat menghilang jika gamabr vektor diperkecil terlalu banyak.
  • Kesalahan-kesalahan kecil pada sebuah gambar dapat terlihat jelas ketika gamabr diperbesar terlalu besar.
Penggunaan vektor sesuai bagi menghasilkan imej seperti:
  • logo
  • animasi
  • kartun
  • clip art
  • button
Data vektor dapat disimpan dalam format file:
  • EPS> format file yang paling popular untuk menyimpan gambar vektor walaupun format EPS juga boleh menyimpan data bitmap.
  • PDF> format file yang cekap serba guna, yang dapt mengisi apa saja data termasuk halaman-halaman lengkap.
  • PICT> format file yang dapat mengisi data vektor atau bitmap tetapi biasanya hanya dijalankan oleh komputer Macintosh.
Bitmap
Bitmap ialah gambar yang merupakan hasil scan.
Gambar dengan format data bitmap dapat disimpan dalam berbagai macam format file:
  • BMP> format file yang terbatas, tidak sesuai digunakan untuk cetak.
  • EPS> format file yang fleksibel, yang dapat mengisi gambar bitmap atau vektor.
  • GIF> digunakan untuk grafik-grafik di internet.
  • JPEG @ JFIF> digunakan sebagai grafik atau gambar di internet kerana memiliki ketajaman gamabr yang dapat mempengaruhi bobot file.
  • PICT> dapat mengisi gambar bitmap atau vektor, tetapi biasanya file ini hanya digunakan oleh komputer Macintosh dan tidak sesuai untuk cetak.
  • TIFF> merupakan format file bitmap yang paling popular untuk mencetak.
                                                            

    Wednesday 16 November 2011

    Minggu ke 7, 8, dan 9....

    Assalamualaikum dan salam sejahtera..

    Pada minggu ke 6 saya telah menulis bahawa kami semua telah membuat tugasan yang diberikan oleh Dr. mengenai tajuk yang kami semua dapat iaitu kami semua perlu merangka 10 soalan mengenai tajuk masing-masing. Jadi pada minggu ke 7 sepatutnya kami semua sudah boleh menganalisis berapa peratus yang telah menjawab soalan yang telah kami kemukakan dengan menggunakan kaedah SPSS . Dengan menggunakan kaedah ini kami dapat mengumpul maklumat analisis kami dengan lebih cepat tanpa perlu mengira satu demi satu jawapan yang telah di jawab oleh rakan-rakan kami. Namun begitu, kebanyakkan daripada kami telah silap membina soalan dan jawapan, jadi kami tidak dapat membuat analisis jawapan. Kami semua perlu mengkaji semula soalan yang telah dirangka dan jawapan yang seharusnya di buat untuk memudahkan proses menganalisis soalan nanti. Jadi setiap daripada kami telah ditegur oleh Dr. dan Dr. telah menerangkan kepada kami dengan lebih terperici bagaimana cara untuk merangka soalan dan jawapan supaya nanti akan memudahkan kami untuk menganalisis soalan. Oleh itu kami semua telah menukar soalan atau mengubah suai semula soalan dan jawapan yang telah diarngka. Sekali lagi kami telah menghantar soalan tersebut di laman facebook supaya dijawab oleh rakan-rakan. Jadi sekali lagi dengan mengharapkan jasa baik daripada rakan-rakan semua kami mengharapkan mereka sudi meluangkan sedikit masa untuk menjawab soalan yang telah di ubah suai tersebut. Dengan itu mudah-mudahan kami dapat menganalisis jawapan yang telah dijawab oleh rakan-rakan semua. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi meluangkan sedikit masa anda untuk menjawab soalan yang saya dan Noor Asheikin telah ubah suai.

    Wednesday 26 October 2011

    Tugasan ke 6, Mengenai Survey Monkey

    Salam....
        Setelah selesai tugasan pada minggu ke 5, mengikut proforma kami perlu membuat 'Survey Monkey' iaitu kami perlu membina soalan-soalan mengenai tajuk yang kami telah selidiki sebelum ini. Soalan 'Survey Monkey' yang telah dirangka adalah berkaitan dengan tajuk 'Sistem Komputer dan Internet (virus, spam, phishing, sistem opera). Setiap orang harus mendaftar 'Survey Monkey' terlebih dahulu untuk mereka soalan. Setelah selesai kami mendaftar, kami telah membuat soalan yang telah dirangka dengan mengemukakan 10 soalan berkaitan dengan tajuk yang telah kami terima. Setelah selesai merangka soalan, saya dan rakan saya Noor Asheikin telah mengahantar soalan tersebut di laman facebook dan mengharapkan kerjasama daripada rakan-rakan yang lain untuk menjawab soalan kami tersebut seperti mana kami telah menjawab soalan yang telah dikemukakan oleh mereka.  Kami berharap soalan yang kami kemukakan ini mampu memberi sedikit maklumat kepada sesiapa yang tidak mengetahui mengenai virus, spam, phishing, dan sistem opera. Hal ini kerana ada sesetengah individu mula mencari maklumat tentang virus, spam, phishing, dan sistem opera ini semata-mata untuk menjawab soalan kami.Kerjasama daripada rakan-rakan semua didahulukan dengan ucapan terima kasih.

    Tugasan Pada Minggu ke lima

    Assalamualaikum dan salam sejahtera...

    Wednesday 19 October 2011

    Tugasan Minggu ke 4

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,
       
              Pada minggu ke 4 kuliah, mengikut proforma kami perlu membuka fail baru di 'google docs' untuk memasukkan maklumat atau hasil carian kami mengenai  tajuk ' Learning Management System' ke dalam  'google docs'.

    Wednesday 12 October 2011

    Minggu Ketiga

    Assalamualaikum,

    Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada Dr. kerana kelewatan saya membuat ruagan blog untuk minggu ketiga ini. Pada minggu ketiga kami mengikuti kelas komputer dalam pendidikan masih banyak kesilapan yang kami lakukan di dalam setiap tugasan yang diberi. Kami semua telah dimarahi dan ditegur oleh Dr. kerana melengah-lengahkan masa membuat tugasan. Sesungguhnya kami mengaku yang tugasan pada minggu pertama dan kedua masih belum siap disempurnakan. Hal ini disebabkan banyak tugasan yang dibuat tidak mengikut proforma seperti mana yang diingini oleh Dr.

           Oleh itu, pada minggu tersebut kami telah diberi masa oleh Dr. untuk menyiapkan segala tugasan yang telah diberikannya. Banyak perkara yang telah ditegur oleh Dr. seperti maklumat pelajar yang belum diisi di dalam sistem 'database', tidak berkongsi tugasan yang dibuat dengan rakan sekuliah, kesilapan di dalam mengisi maklumat 'signature' dan sebagainya.

          Jadi pada minggu ketiga kami semua perlu menyiapkan maklumat-maklumat yang penting terlebih dahulu seperti mengisi 'signature' dengan betul. Disamping itu, kami semua harus ingat bahawa setiap tugasan yang kami buat hendaklah berpandukan proforma yang telah dibuat oleh Dr. Saya dan juga rakan saya Noor Asheikin telah berkongsi maklumat yang telah kami cari dengan rakan-rakan sekuliah. Jadi saya dan rakan saya berharap kami akan mendapat maklum balas mengenai maklumat yang kami cari supaya dapat menambah baikkan tugasan yang kami buat.

         Kesimpulan yang dapat saya belajar pada minggu ketiga ialah, jangan menangguhkan tugasan yang telah diberikan dan kita harus belajar daripada setiap kesilapan yang kita lakukan. Berikut adalah tugasan yang telah saya dan rakan saya siapkan.

         
    C/LMS(Learning Management System)

     APAKAH  YANG DIMAKSUDKAN DENGAN  C/LMS?
    C/LMS adalah satu sistem pembelajaran yang dapat diaplikasikan oleh semua pelajar. C/LMS adalah kemudahan yang disediakan secara maya yang dapat memudahkan sesuatu maklumat diperolehi oleh para pelajar. Selain itu juga, para pelajar dapat berkongsi maklumat dan dapat memuat turun segala nota kuliah yang diberikan oleh pensyarah, begitu juga dapat mengetahui pengumuman penting, kuiz dan lain-lain di dalamnya. Sebagai contoh, penggunaan SPIN yang dipraktikan di UKM, Bangi.

    SIAPAKAH YANG MENGGUNAKAN C/LMS?
    C/LMS ini kebiasaannya digunakan oleh para pendidik dan pensyarah untuk menyampaikan maklumat kepada para pelajar . Para pelajar di mana-mana institusi seperti pengajian tinggi juga turut menggunakannya untuk mendapatkan maklumat sebagaimana contoh di laman web SPIN Bangi. Pelajar hanya perlu menggunakan no pengenalan dan kata laluan mereka. Ini penting untuk mengelakkan orang lain menceroboh dan  meminda sesuatu yang tidak sepatutunya seperti mengubah pendaftaran subjek dan sebagainya. Ini semua penting kerana kaedah pembelajaran di institusi pengajian tinggi pada masa kini berpusatkan pelajar bukan berpusatkan guru atau pensyarah semata.

    DIMANAKAH C/LMS BIASANYA DIGUNAKAN?
    C/LMS ini adalah sesuatu yang baharu di dalam teknologi yang dipraktikan di dalam kehidupan para pelajar  universiti. Kemudahan C/LMS ini biasanya digunakan oleh sekolah-sekolah kerajaan, sekolah- sekolah persendirian, institusi pengajian tinggi swasta dan institusi pengajian tinggi awam. Sistem ini digunakan sepanjang tempoh sesi pembelajaran.

    KENAPA C/LMS DIGUNAKAN?
    Dengan adanya C/LMS ia dapat memudahkan segala urusan terutamanya bagi golongan pendidik dan pensyarah dalam melaksanakan tugasan. Bagi golongan pendidik, mereka dapat mencari dan mengkaji segala maklumat yang dapat diperolehi melalui laman web. Selain itu, C/LMS ini juga memudahkan segala urusan pembelajaran. Oleh itu, para pelajar tidak akan ketinggalan dalm proses pembelajaran. C/LMS juga membantu para pelajar dan pensyarah untuk berkongsi  maklumat dan idea dalam melaksankan setiap tugasan.

    BAGAIMANAKAH C/LMS INI DIGUNAKAN?
    C/LMS dapat digunakan sekiranya setiap pelajar mempunyai kata laluan masing-masing. Contohnya, setiap pelajar di Universiti Kebangasaan Malaysia cawangan Bangi, menggunakan perkhimadan SMP web dan SPIN. Untuk menggunakannya para pelajar perlu memasukkan nombor pengenalan diri seperti no matrik dan kata laluan yang diperolehi daripada e-mel melalui perkhidmatan tersebut. SMP web memudahkan para pelajar untuk mengetahui pelbagai info seperti  maklumat peribadi pelajar, pendaftaran kursus, dan lain-lain. Selain itu, para pelajar juga dapat menyemak segala makluamt mengenai  pendaftaran pelajar, maklumat peperiksaan dan sebagainya. Selain itu, pelajar juga dapat membuat sebarang aduan  menggunakan laman SMP web ini. Contoh yang kedua ialah SPIN Bangi, melalui laman web ini para pelajar boleh mendapatkan maklumat penting daripada pensyarah, nota

    KELEBIHAN DAN KELEMAHAN C/LMS.

    Kelebihan
    = Memudahkan tenaga pengajar seperti pensyarah atau pendidik menyampaikan pelbagai maklumat penting kepada para pelajar.
    = Maklumat dapat disampaikan dengan cepat dan mudah.
    = Memberi kemahiran baru kepada pelajar dalam mendapatkan maklumat menggunakan teknologi yang terkini.
    = Nota-nota kuliah atau toturial dapat di muat turunkan dengan mudah dan tidak membebankan pensyarah juga pelajar.
    = Memudahkan pensyarah melakukan pemantauan terhadap pelajar.
    = Tidak perlu beratur panjang atau menuggu lama untuk sesuatu pendaftaran subjek.

    Kelemahan
    = Jika berlaku sesuatu pada program atau pangkalan data di dalam SPIN atau SMP web ia akan menjejaskan kesemua data .
    = Apabila ini berlaku ia akan menjejaskan maklumat untuk sampai kepada para pelajar,SPIN tidak dapat dibuka.
    = Para pelajar tidak dapat mengambil nota kuliah atau apa-apa yang penting yang diberikan oleh para pensyarah dan tidak akan dapat mengetahui sebarang pengumuman kerana gagal untuk membuka perkhidmatan itu.SPIN dianggap sebagai nadi para pelajar di universiti terutama di Universiti Kebangsaan Malaysia kerana menjadi sumber  rujukan pertama kepada pelajar.
     Senarai sumber maklumat yang diperolehi berdasarkan C/LMS:
    https://smp.ukm.my/smpweb/
    http://www.spin.ukm.my/
    http://external.ak.fbcdn.net/safe_image.php?d=AQB6EvK3_PhA07jB&w=90&h=90&url=http%3A%2F%2Fsmp.ukm.my%2Fsmpweb%2Fimages%2Fm_05.gif
    smp.ukm.my

    Thursday 6 October 2011

    Tugasan Minggu Ke 2

    Assalamualaikum,

        Syukur, tugasan minggu pertama telah siap disempurnakan walaupun masih terdapat beberapa kekurangan yang masih perlu saya perbaiki. Terima kasih kepada Dr. Siti Fatimah yang tidak pernah jemu-jemu memberi teguran kepada saya untuk menghasilkan sesuatu kerja yang lebih baik dan berkualiti.

        Seterusnya, tugasan pada minggu kedua pula ialah kami perlu mencari pasangan untuk membuat tugasan yang bakal diberikan. Saya telah memilih Noor Asheikin sebagai pasangan saya untuk berkerjasama dengan saya bagi menyiapkan tugasan yang akan diberikan.

        Tugasan yang telah kami semua terima ialah ' Learning Management System' di mana kami perlu membincangkan tajuk tersebut mengikut proforma yang telah ditetapkan. Kami perlu mendalami tajuk tersebut, seperti kebaikan  ' Learning Management System' dan kami perlu berkongsi maklumat yang telah kami perolehi dengan rakan-rakan, pensyarah di 'yahoo groups' bagi mendapatkan maklum balas mengenai tajuk yang telah dibincangkan.

        Selain itu, setiap pasangan juga telah diberikan tajuk masing-masing oleh Dr. Siti Fatimah di mana saya dan rakan saya telah mendapat tajuk 'Internet And Computer Security (Virus, Spam, Phishing) '. Saya dan rakan saya perlu mencari sebanyak mungkin maklumat mengenai tajuk tersebut kerana Dr. ingin kami semua mendalami tajuk masing-masing supaya dapat membantu rakan-rakan yang lain jika tidak faham mengenai tajuk yang telah kami terima.

        Jadi saya dan rakan saya sedang berusaha mencari maklumat tersebut. Kami berdua akan cuba mendalami tajuk kami supaya dapat berkongsi ilmu yang kami dapat dengan rakan-rakan yang lain. Oleh itu, kami berharap agar kami dapat membuat satu tugasan yang terbaik.

         Akhir sekali, saya juga berharap Dr. Siti Fatimah dapat membantu saya dan rakan saya. Sesungguhnya teguran daripada Dr. amat diperlukan bagi menghasilkan tugasan yang baik. Saya juga berharap rakan-rakan yang lain dapat juga membantu kami berdua dengan memberi maklum balas sama ada positif mahupun negatif.
    Kerjasama daripada anda semua amatlah dihargai.