Assalamualaikum,
Syukur, tugasan minggu pertama telah siap disempurnakan walaupun masih terdapat beberapa kekurangan yang masih perlu saya perbaiki. Terima kasih kepada Dr. Siti Fatimah yang tidak pernah jemu-jemu memberi teguran kepada saya untuk menghasilkan sesuatu kerja yang lebih baik dan berkualiti.
Seterusnya, tugasan pada minggu kedua pula ialah kami perlu mencari pasangan untuk membuat tugasan yang bakal diberikan. Saya telah memilih Noor Asheikin sebagai pasangan saya untuk berkerjasama dengan saya bagi menyiapkan tugasan yang akan diberikan.
Tugasan yang telah kami semua terima ialah ' Learning Management System' di mana kami perlu membincangkan tajuk tersebut mengikut proforma yang telah ditetapkan. Kami perlu mendalami tajuk tersebut, seperti kebaikan ' Learning Management System' dan kami perlu berkongsi maklumat yang telah kami perolehi dengan rakan-rakan, pensyarah di 'yahoo groups' bagi mendapatkan maklum balas mengenai tajuk yang telah dibincangkan.
Selain itu, setiap pasangan juga telah diberikan tajuk masing-masing oleh Dr. Siti Fatimah di mana saya dan rakan saya telah mendapat tajuk 'Internet And Computer Security (Virus, Spam, Phishing) '. Saya dan rakan saya perlu mencari sebanyak mungkin maklumat mengenai tajuk tersebut kerana Dr. ingin kami semua mendalami tajuk masing-masing supaya dapat membantu rakan-rakan yang lain jika tidak faham mengenai tajuk yang telah kami terima.
Jadi saya dan rakan saya sedang berusaha mencari maklumat tersebut. Kami berdua akan cuba mendalami tajuk kami supaya dapat berkongsi ilmu yang kami dapat dengan rakan-rakan yang lain. Oleh itu, kami berharap agar kami dapat membuat satu tugasan yang terbaik.
Akhir sekali, saya juga berharap Dr. Siti Fatimah dapat membantu saya dan rakan saya. Sesungguhnya teguran daripada Dr. amat diperlukan bagi menghasilkan tugasan yang baik. Saya juga berharap rakan-rakan yang lain dapat juga membantu kami berdua dengan memberi maklum balas sama ada positif mahupun negatif.
Kerjasama daripada anda semua amatlah dihargai.
No comments:
Post a Comment