Assalamualaikum,
Alhamdulillah, syukur akhirnya dapat juga saya menyiapkan blog saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Siti Fatimah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana cara untuk menghasilkan blog. Selain itu, tidak di lupakan juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya terutamanya Noor Asheikin dan Siti Khairunisa, tanpa bantuan daripada anda semua tidak mungkin saya dapat menyiapkan blog ini. Pertama kali membuat blog memang agak sukar bagi mereka yang buta IT, itulah yang terjadi kepada diri saya, sehingga kan saya dan rakan saya terpaksa merujuk cara-cara membuat blog di laman 'youtube'. Selain itu, saya juga membuat catatan bagaimana cara untuk menghasilkan blog, hal ini adalah kerana saya takut saya akan lupa bagaimana cara untuk menghasilkan blog. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada anda semua yang membantu saya sehingga terhasilnya ' Blog Pertama Saya'.
No comments:
Post a Comment