Wednesday, 26 October 2011

Tugasan ke 6, Mengenai Survey Monkey

Salam....
    Setelah selesai tugasan pada minggu ke 5, mengikut proforma kami perlu membuat 'Survey Monkey' iaitu kami perlu membina soalan-soalan mengenai tajuk yang kami telah selidiki sebelum ini. Soalan 'Survey Monkey' yang telah dirangka adalah berkaitan dengan tajuk 'Sistem Komputer dan Internet (virus, spam, phishing, sistem opera). Setiap orang harus mendaftar 'Survey Monkey' terlebih dahulu untuk mereka soalan. Setelah selesai kami mendaftar, kami telah membuat soalan yang telah dirangka dengan mengemukakan 10 soalan berkaitan dengan tajuk yang telah kami terima. Setelah selesai merangka soalan, saya dan rakan saya Noor Asheikin telah mengahantar soalan tersebut di laman facebook dan mengharapkan kerjasama daripada rakan-rakan yang lain untuk menjawab soalan kami tersebut seperti mana kami telah menjawab soalan yang telah dikemukakan oleh mereka.  Kami berharap soalan yang kami kemukakan ini mampu memberi sedikit maklumat kepada sesiapa yang tidak mengetahui mengenai virus, spam, phishing, dan sistem opera. Hal ini kerana ada sesetengah individu mula mencari maklumat tentang virus, spam, phishing, dan sistem opera ini semata-mata untuk menjawab soalan kami.Kerjasama daripada rakan-rakan semua didahulukan dengan ucapan terima kasih.

No comments:

Post a Comment