Wednesday, 16 November 2011

Minggu ke 7, 8, dan 9....

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada minggu ke 6 saya telah menulis bahawa kami semua telah membuat tugasan yang diberikan oleh Dr. mengenai tajuk yang kami semua dapat iaitu kami semua perlu merangka 10 soalan mengenai tajuk masing-masing. Jadi pada minggu ke 7 sepatutnya kami semua sudah boleh menganalisis berapa peratus yang telah menjawab soalan yang telah kami kemukakan dengan menggunakan kaedah SPSS . Dengan menggunakan kaedah ini kami dapat mengumpul maklumat analisis kami dengan lebih cepat tanpa perlu mengira satu demi satu jawapan yang telah di jawab oleh rakan-rakan kami. Namun begitu, kebanyakkan daripada kami telah silap membina soalan dan jawapan, jadi kami tidak dapat membuat analisis jawapan. Kami semua perlu mengkaji semula soalan yang telah dirangka dan jawapan yang seharusnya di buat untuk memudahkan proses menganalisis soalan nanti. Jadi setiap daripada kami telah ditegur oleh Dr. dan Dr. telah menerangkan kepada kami dengan lebih terperici bagaimana cara untuk merangka soalan dan jawapan supaya nanti akan memudahkan kami untuk menganalisis soalan. Oleh itu kami semua telah menukar soalan atau mengubah suai semula soalan dan jawapan yang telah diarngka. Sekali lagi kami telah menghantar soalan tersebut di laman facebook supaya dijawab oleh rakan-rakan. Jadi sekali lagi dengan mengharapkan jasa baik daripada rakan-rakan semua kami mengharapkan mereka sudi meluangkan sedikit masa untuk menjawab soalan yang telah di ubah suai tersebut. Dengan itu mudah-mudahan kami dapat menganalisis jawapan yang telah dijawab oleh rakan-rakan semua. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi meluangkan sedikit masa anda untuk menjawab soalan yang saya dan Noor Asheikin telah ubah suai.

No comments:

Post a Comment